Monday 19 March 2012

PEMBEZALAYANAN ANTARA ExPPLD DENGAN FRESH PPS

Apakah pembezalayanan yang dimaksudkan....
Pembezalyanan yang dimaksudkan adalah  sistem 3+1. Apakah sistem 3+1 itu?
Sistem ini membenarkan pengalaman mengajar semasa di gred 29/32/34 diguna pakai untuk ke gred 44 dan 48.          
Bagaimana ia dijalankan?
Ia dijalankan dengan membuat persamaan tahun,iaitu tiga tahun berada di PPLD adalah bersamaan satu tahun di PPS. Sebagai contoh,jika seorang guru itu berkhidmat sebagai PPLD selama 20 tahun dan guru tersebut telah memiliki ijazah dan memohon untuk ke gred 41,maka,9 tahun pertama adalah bersamaan 3 tahun di dg41.Apabila guru tersebut telah disahkan ke dalam gred dg 41,maka tahun perkidmatanya adalah pada tahun ketiga.Guru tersebut hanya perlu lima tahun lagi untuk ke gred 44.
Apabila disahkan ke gred 44,maka guru tersebut boleh menggunakan 9 tahun lagi pengalaman semasa di PPLD,maka guru tersebut berada pada tahun ke tiga di gred 44, maka guru berkenaan hanya perlu lima tahun lagi untuk ke gred 48. Jika guru PPLD berkhidmat selama sembilan tahun,maka guru tersebut telah berada pada tahun ke tiga PPS apabila mempunyai ijazah kelak...... Disini saya ingin membuat cadangan untuk sistem 3+1 ini juga digunapakai untuk fresh PPS. Sebagai contoh,jika PPS berkhidmat selama 8 tahun,maka apabila guru tersebut berada di dg 44,maka dia sebenarnya berada pada tahun kedua dg 44,begitulah pula apabila guru berkenaan berkhidmat selama 20 tahun sebagai fresh dg 41. Adalah sangat tidak adil jika ExPPLD boleh menggunakan pengalaman mereka untuk tujuan fast trek,tetapi guru fresh dg 41 tidak boleh menggunakan pengalaman mereka untuk tujuan yang sama. Jika anda adalah ahli NUTP sila buat cadangan diatas dan hantar ke alamat berikut:blogkini@nutp.org. KESAKSAMAN UNTUK SEMUA GURU?